cesifo1_wp10269.pdf

  • Quick Upload
  •   Contact Us
  •   FAQ
  •   Help Document
  • Help Document

MAKROEKONOMI

  • anazwien7878
  • http://anyflip.com/zjfhk/rjtk/

Related Publications

BBEK4203 PRINSIP MAKROEKONOMI/ MAKROEKONOMI I Munzarina Ahmad Samidi Norehan Abdullah Jamal Ali Zalina Mohd Mohaideen Prof Madya Dr Nor' Aznin Abu Bakar Wan Azman Saini Wan Ngah Dr Law Siong Hook Pengarah Projek: Prof Dr Mansor Fadzil Prof Madya Dr Wardah Mohamad Open University Malaysia Penulis Modul: Munzarina Ahmad Samidi Norehan Abdullah Jamal Ali Zalina Mohd Mohaideen Prof Madya Dr Nor' Aznin Abu Bakar Universiti Utara Malaysia Penulis Bersama: Wan Azman Saini Wan Ngah Dr Law Siong Hook Universiti Putra Malaysia Penyederhana: Lilian Kek Siew Yick Chiam Chooi Chea Open University Malaysia Penterjemah: Dr Selamah Maamor Universiti Utara Malaysia Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia Dicetak oleh: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9, Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan Edisi Pertama, Disember 2013 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2013, BBEK4203 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM). Isi Kandungan Panduan Kursus xiii-xix Topik 1 Pengenalan Makroekonomi 1 1.1 Makroekonomi 2 2 1.1.1 Isu dalam Analisis Makroekonomi 8 1.2 Polisi Makroekonomi 10 1.3 Objektif Makroekonomi 11 1.4 Kitaran Perniagaan 11 15 1.4.1 Fasa dalam Aktiviti Ekonomi 15 1.5 Peranan Makroekonomi 17 1.6 Sejarah Pembentukan Makroekonomi 19 1.7 Permintaan dan Penawaran Agregat 20 Rumusan Kata Kunci Topik 2 Pengeluaran Negara 21 2.1 Aliran Model Pendapatan 22 2.2 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 24 25 2.2.1 Jumlah Nilai Pengeluaran 2.2.2 Apakah yang Dihasilkan oleh Barang dan 25 Perkhidmatan Akhir? 26 2.2.3 Di Manakah Barang dan Perkhidmatan 26 27 Dikeluarkan? 29 2.2.4 Bilakah Barang dan Perkhidmatan Dikeluarkan? 29 2.3 Keluaran Negara Kasar (KNK) 31 2.4 Kaedah Pengiraan KDNK 34 2.4.1 Kaedah Perbelanjaan 35 2.4.2 Kaedah Pengeluaran 36 2.4.3 Kaedah Pendapatan 37 2.5 Penyelarasan Kos Faktor kepada Harga Pasaran 37 2.6 Kegiatan Ekonomi yang Tidak Dinyatakan 38 2.6.1 Keluaran Pertanian Petani Tradisional 38 2.6.2 Aktiviti Haram 38 2.6.3 Aktiviti Produktif yang Tidak Dibayar 41 2.6.4 Ganjaran Bukan Wang 2.7 KDNK Benar dan KDNK Nominal 2.8 Kegunaan Data Pengeluaran Negara iv  ISI KANDUNGAN 2.9 Faktor yang Mempengaruhi Tahap Pengeluaran Negara 42 2.9.1 Faktor Dalaman 42 2.9.2 Faktor Luaran 43 44 2.10 Masalah dalam Pengiraan Pengeluaran Negara 46 2.11 Kitaran Perniagaan 47 Rumusan 48 Kata Kunci Topik 3 Teori Penentu Keseimbangan Pendapatan 49 3.1 Ekonomi Dua Sektor 50 3.1.1 Aliran Kitaran Pendapatan 50 3.1.2 Penggunaan, Tabungan dan Pendapatan Boleh Guna 56 3.1.3 Keseimbangan Pendapatan Negara 57 3.1.4 Perubahan dalam Permintaan Aggregat 61 3.1.5 Kesan Pengganda 63 3.2 Ekonomi Tiga Sektor 64 3.2.1 Aliran Kitaran Pendapatan 65 3.2.2 Kerajaan dan Dasar Fiskal 66 3.2.3 Penggunaan, Tabungan dan Cukai 69 3.2.4 Keseimbangan Pendapatan Negara 70 3.2.5 Perubahan dalam Agregat Permintaan 73 3.2.6 Kesan Pengganda 73 3.3 Ekonomi Empat Sektor 75 3.3.1 Eksport dan Import 77 3.3.2 Keseimbangan Pendapatan Negara 78 3.3.3 Perubahan dalam Permintaan Agregat 80 3.3.4 Kesan Pengganda 80 3.4 Masalah Ekonomi dan Polisi Fiskal 82 3.4.1 Polisi Fiskal 83 3.4.2 Lompang Deflasi dan Inflasi 86 3.4.3 Penyelesaian Lompang Deflasi dan Lompang Inflasi 88 Rumusan 91 Kata Kunci 92 ISI KANDUNGAN  v Topik 4 Wang dan Sistem Perbankan 93 4.1 Wang dan Sistem Perbankan 94 94 4.1.1 Definisi Wang 95 4.1.2 Fungsi Wang 96 4.2 Institusi Kewangan dan Sistem Perbankan 97 4.2.1 Sistem Perbankan 101 4.2.2 Institusi Kewangan Bukan Bank 102 4.2.3 Pengantara Kewangan Bukan Bank 102 4.2.4 Perbankan Islam 104 4.3 Proses Penciptaan Kredit 105 4.3.1 Contoh Penciptaan Kredit 108 4.4 Dasar Kewangan atau Monetari 109 4.4.1 Dasar Kewangan Kuantitatif 110 4.4.2 Dasar Kewangan Kualitatif 111 4.5 Permintaan Wang (Md) 111 4.5.1 Permintaan untuk Transaksi 112 4.5.2 Motif Berwaspada 112 4.5.3 Permintaan Spekulatif 115 4.6 Penawaran Wang 115 4.6.1 Ukuran Sempit Penawaran Wang 116 4.6.2 Ukuran Luas Penawaran Wang 117 4.6.3 Ukuran Paling Luas Penawaran Wang 117 4.7 Keseimbangan dalam Pasaran Wang dan Kadar Faedah 120 Rumusan 122 Kata Kunci Topik 5 Wang, Kadar Faedah dan Pendapatan: Analisis Dasar 123 5.1 Hubungan antara Pasaran Barangan dan Pasaran Wang 124 5.1.1 Pendapatan, Permintaan Wang dan Kadar Faedah 125 5.1.2 Pelaburan, Kadar Faedah dan Pendapatan 126 5.2 Pasaran Barangan dan Pasaran Wang 128 5.2.1 Analisis Dasar Fiskal 129 5.2.2 Analisis Dasar Kewangan 133 5.3 Kombinasi Dasar Fiskal dan Kewangan 136 Rumusan 137 Kata Kunci 138 vi  ISI KANDUNGAN Topik 6 Permintaan Agregat dan Penawaran Agregat 139 6.1 Permintaan Agregat 140 143 6.1.1 Membina Keluk Permintaan Agregat (AD) 145 6.1.2 Penentuan Permintaan Agregat 6.1.3 Pergerakan Keluk Permintaan Agregat dan 150 151 Model Perbelanjaan Agregat 152 6.2 Penawaran Agregat (AS) 153 155 6.2.1 Membentuk Keluk Penawaran Agregat (AS) 158 6.2.2 Penawaran Agregat Jangka Pendek 159 6.2.3 Faktor Penentu Keluk Penawaran Agregat 6.3 Tahap Pengeluaran dan Harga Keseimbangan 162 6.3.1 Perubahan dalam Keseimbangan 164 6.4 Permintaan Agregat dan Penawaran Agregat: 166 Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan 168 6.5 Membina Keluk Penawaran Agregat Jangka Panjang 170 6.5.1 Keluk Penawaran Aggregat Jangka Panjang Rumusan 171 Kata Kunci 172 174 Topik 7 Pengangguran dan Inflasi 176 7.1 Pengangguran 176 7.2 Mengukur Kadar Pengangguran 177 7.3 Kadar Penyertaan Tenaga Buruh 179 7.4 Pekerja Tidak Giat 179 7.5 Pekerja Separuh Masa 180 7.6 Jenis Pengangguran 181 7.6.1 Pengangguran Geseran 182 7.6.2 Pengangguran Struktur 183 7.6.3 Pengangguran Kitaran 184 7.7 Guna Tenaga Penuh dan Kadar Pengangguran Semula 185 Jadi 185 7.8 Sebab Pengangguran 186 7.8.1 Hilang Pekerjaan 186 7.8.2 Meninggalkan Pekerjaan 187 7.8.3 Peserta Baru dan Peserta Semula 188 7.9 Kesan Pengangguran 188 7.9.1 Kesan Negatif ke atas Ekonomi 7.9.2 Kesan Negatif ke atas Individu dan Penduduk 7.10 Inflasi 7.11 Indeks Harga Pengguna (IHP) ISI KANDUNGAN  vii 7.12 Pengiraan IHP 190 7.12.1 Mengira Kos IHP Bakul Pengguna pada Harga Tahun Asas 190 7.12.2 Mengira Kos IHP Bakul Pengguna pada Harga Tahun Semasa 191 7.12.3 Mengira IHP bagi Tahun Asas dan Tahun Semasa 191 192 7.13 Pengiraan Kadar Inflasi 194 7.14 Kesan Inflasi 194 194 7.14.1 Kesan Inflasi ke atas Jumlah Pengeluaran 7.14.2 Kesan Inflasi pada Simpanan dan Pelaburan 195 7.14.3 Kesan Inflasi pada Pengagihan Pendapatan dan 195 Kekayaan Ekonomi 196 7.14.4 Kesan Inflasi ke atas Imbangan Pembayaran 198 199 Negara 199 7.15 IHP dan Kos Hidup 200 7.16 Faktor yang Menyebabkan Inflasi 201 201 7.16.1 Tarikan Permintaan atau Lebihan Permintaan 202 7.16.2 Peningkatan Kos 203 7.16.3 Kejutan Penawaran 204 7.16.4 Jangkaan Penyesuaian 7.17 Keluk Phillips Rumusan Kata Kunci Rujukan Topik 8 Perdagangan Antarabangsa 205 8.1 Kenapakah Negara Berdagang? 206 207 8.1.1 Perbezaan Faktor Pengeluaran 207 8.1.2 Perbezaan Iklim 209 8.1.3 Perbezaan Kemahiran Buruh 209 8.1.4 Corak Penggunaan yang Berbeza 210 8.2 Faedah Mutlak 212 8.3 Faedah Berbanding 214 8.4 Faedah Perdagangan Antarabangsa 216 8.5 Sekatan Perdagangan Antarabangsa 217 8.5.1 Tarif 218 8.5.2 Bukan Tarif 220 8.6 Syarat Perdagangan 220 8.6.1 Harga 221 8.6.2 Barangan viii  ISI KANDUNGAN 8.7 Kenapakah Dasar Perlindungan Diperlukan? 221 8.7.1 Melindungi Industri Baru 222 8.7.2 Meningkatkan Keselamatan Negara 222 8.7.3 Mempelbagaikan Aktiviti Ekonomi Tempatan 222 8.7.4 Melindungi Sumber 223 8.7.5 Langkah Anti-lambakan 223 224 Rumusan 224 Kata Kunci Topik 9 Kewangan Antarabangsa 225 9.1 Kadar Pertukaran Mata Wang Asing 226 9.2 Bagaimanakah Kadar Pertukaran Mata Wang Asing 227 Ditentukan? 228 9.3 Perubahan dalam Permintaan atau Penawaran 9.4 Faktor yang Mempengaruhi Kadar Pertukaran Mata 229 230 Wang Asing 230 9.4.1 Harga Barangan yang Didagangkan 231 9.4.2 Tahap Inflasi 231 9.4.3 Kadar Faedah 232 9.4.4 Pendapatan Rakyat dalam Negara 233 9.5 Imbangan Pembayaran 235 9.5.1 Akaun Semasa 237 9.5.2 Akaun Modal 239 9.5.3 Akaun Penjelasan Rasmi 239 9.6 Strategi Mengurangkan Imbangan Pembayaran Defisit 239 9.6.1 Penurunan Kadar Pertukaran 240 9.6.2 Pengurusan Permintaan 240 9.6.3 Dasar Penawaran Sampingan 241 Rumusan Kata Kunci Topik 10 Kewangan dan Perdagangan Antarabangsa: Masalah dan Dasar 242 10.1 Piawaian Emas 243 10.2 Masalah dengan Piawaian Emas 244 10.3 Sistem Bretton Woods dan Kadar Pertukaran Tetap 245 10.4 Jatuhnya Sistem Bretton Woods 246 10.5 Sistem Kadar Pertukaran Mata Wang Fleksibel 247 248 10.5.1 Kadar Pertukaran Fleksibel Terurus 10.6 Kelebihan dan Kekurangan Sistem Kadar Pertukaran 248 249 Fleksibel 250 10.6.1 Kelebihan Kadar Pertukaran Fleksibel 251 10.6.2 Kelebihan Dasar Kadar Pertukaran Fleksibel 10.6.3 Kelemahan Kadar Pertukaran Fleksibel ISI KANDUNGAN  ix 10.7 Kelebihan dan Kekurangan Sistem Kadar Pertukaran 252 Tetap 252 10.7.1 Kelebihan Kadar Pertukaran Tetap 253 10.7.2 Kekurangan Kadar Pertukaran Tetap 254 255 Rumusan Kata Kunci 256 Jawapan x  ISI KANDUNGAN PANDUAN KURSUS  xiii DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal hingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang. PENGENALAN BBEK4203 Prinsip Makroekonomi/Makroekonomi I adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Perniagaan dan Pengurusan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu. KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengurusan, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, Sarjana Muda Perakaunan, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan. Sebelum mengikuti kursus ini, anda perlu memahami kandungan kursus dan bagaimana kursus ini dijalankan serta keperluan-keperluannya. Untuk itu, anda perlu membaca kandungan ini dengan teliti dari mula hingga akhir. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimumkan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan. xiv  PANDUAN KURSUS PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1. Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Jam Pembelajaran Aktiviti Pembelajaran 3 Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal 60 Membaca modul 10 Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 12 Perbincangan atas talian 15 Ulang kaji 20 Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 120 JUMLAH MASA PEMBELAJARAN OBJEKTIF KURSUS Pada akhir kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti dua dasar makroekonomi yang penting; 2. Membezakan antara teori permintaan agregat dan penawaran agregat; 3. Menerangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan cara-cara untuk mengukur KDNK; 4. Menilai faktor yang menentukan kadar pertukaran mata wang asing dalam pasaran kadar tukaran asing; 5. Merumuskan fungsi sistem kewangan dan perbankan dalam dasar kewangan yang dibuat oleh Bank Negara untuk menstabilkan ekonomi; dan 6. Menilai keadaan ekonomi negara semasa bersamaan dengan dasar-dasar yang diambil oleh kerajaan. PANDUAN KURSUS  xv SINOPSIS KURSUS Kursus ini dibahagikan kepada 10 topik. Sinopsis bagi setiap topik dinyatakan seperti berikut: Topik 1 memperkenalkan bidang ekonomi dari segi makro. Dalam topik pertama ini, pelajar akan didedahkan kepada konsep asas yang sering digunakan dalam konteks ekonomi seperti pekerjaan, pengangguran, inflasi, dasar kewangan dan dasar fiskal. Pelajar juga akan mempelajari secara terperinci mengenai kitaran ekonomi yang dibahagikan kepada beberapa fasa. Selain itu, pelajar juga akan mempelajari asas penawaran dan permintaan agregat serta pandangan ahli ekonomi Klasikal dan Keynesian. Topik 2 memperkenalkan salah satu konsep penting dalam makroekonomi iaitu pengeluaran negara. Topik ini menerangkan model aliran kitaran pendapatan yang menghubungkan isi rumah dan firma. Topik ini juga membincangkan kaedah pengiraan KDNK, penggunaan data pengeluaran negara dan masalah dalam pengiraan pengeluaran negara. Topik 3 memberi tumpuan kepada penentu keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor, tiga sektor dan empat sektor ini. Pelajar akan dapat belajar bagaimana komponen permintaan agregat seperti penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan eksport bersih memberi kesan kepada keseimbangan pendapatan negara. Di samping itu, pelajar akan didedahkan kepada model AD-AS dan model suntikan-bocoran yang digunakan untuk mengira tahap keseimbangan. Konsep pengganda juga dijelaskan dalam topik ini. Akhir sekali, topik ini menggambarkan dua komponen utama fiskal dalam mencapai objektif kerajaan iaitu perbelanjaan kerajaan dan cukai, melalui dasar fiskal automatik dan dasar fiskal budi bicara. Topik 4 memberi tumpuan kepada wang dan sistem perbankan di Malaysia. Pertama, pelajar akan diperkenalkan kepada istilah „wang‰. Topik ini menerangkan secara terperinci sistem perbankan yang merangkumi institusi kewangan, institusi kewangan bukan bank, pengantara kewangan bukan bank dan bank Islam. Pelajar juga akan belajar tentang proses penciptaan kredit. Dasar kewangan kuantitatif dan kualitatif akan turut dibincangkan. Pelajar akan mengetahui sebab bagi permintaan wang dan istilah yang digunakan untuk pelbagai kategori bekalan wang. Selain itu, topik ini juga membincangkan keseimbangan dalam pasaran wang dan hubungannya dengan kadar faedah. xvi  PANDUAN KURSUS Topik 5 membincangkan hubungan antara pasaran barangan dan pasaran wang di mana mereka beroperasi secara saling berpautan. Mana-mana aktiviti dalam kedua-dua pasaran akan memberi kesan antara satu sama lain. Pelajar akan didedahkan kepada hubungan penting antara pasaran barangan dengan pasaran wang. Kesan dasar fiskal mengembang dan menguncup ke atas ekonomi turut akan dibincangkan. Akhir sekali, perbincangan tentang gabungan dasar fiskal dan kewangan akan turut diberikan di mana gabungan ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif tertentu. Topik 6 memberi tumpuan kepada permintaan dan penawaran agregat. Dari segi permintaan agregat, pelajar akan mempelajari faktor yang menyebabkan keluk permintaan agregat bercerun negatif, komponen permintaan agregat seperti penggunaan (C), pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan (G) dan eksport bersih (X-M), dan penentu keluk permintaan agregat. Topik ini juga membincangkan keluk penawaran agregat jangka pendek dan penentunya. Pelajar akan belajar bagaimana tahap pengeluaran dan harga keseimbangan ditentukan serta bagaimana model AD-AS digunakan untuk menganalisis kesan dasar bajet dan dasar kewangan. Akhir sekali, penjelasan mengenai pembinaan keluk penawaran agregat jangka panjang akan turut diberikan. Topik 7 membincangkan dua pemboleh ubah penting dalam ekonomi iaitu pengangguran dan inflasi. Pelajar akan belajar untuk mengkategorikan rakyat sesebuah negara ke dalam kumpulan tertentu seperti populasi kumpulan umur bekerja, tenaga buruh, penganggur, pekerja, pekerja tidak giat dan pekerja sambilan. Kaedah mengira kadar pengangguran dan kadar penglibatan dalam tenaga buruh juga akan dijelaskan. Pelajar akan mempelajari tiga jenis pengangguran yang wujud dalam ekonomi, sebab pengangguran dan kesan pengangguran terhadap ekonomi, individu dan masyarakat. Akhir sekali, keseimbangan antara kadar pengangguran dan kadar inflasi akan dibentangkan. Tidak ketinggalan, keluk Phillips juga akan dibincangkan. Topik 8 memperkenalkan konsep perdagangan antarabangsa. Dalam topik ini, pelajar akan belajar tentang faktor yang menggalakkan perdagangan antarabangsa seperti iklim yang berbeza, faktor pengeluaran, kemahiran pekerja yang berlainan dan corak penggunaan. Selain itu, dua konsep penting dalam perdagangan antarabangsa iaitu faedah mutlak dan faedah berbanding akan dibincangkan. Pelajar akan didedahkan kepada perkara seperti faedah melakukan perdagangan antarabangsa, sekatan perdagangan antarabangsa, syarat perdagangan dan sebab untuk melaksanakan dasar perlindungan. PANDUAN KURSUS  xvii Topik 9 memberi tumpuan kepada kewangan antarabangsa. Pelajar akan diperkenalkan kepada kepentingan kadar pertukaran asing dan bagaimana kadar ini ditentukan dalam perdagangan antarabangsa. Selain itu, topik kesembilan ini juga akan membincangkan faktor yang mempengaruhi kadar pertukaran asing. Sebagai penutup, topik ini juga akan membincangkan konsep imbangan pembayaran dan komponennya seperti akaun semasa, akaun modal dan akaun penyelesaian rasmi. Topik 10 membincangkan pelbagai sistem kewangan yang telah digunakan sejak awal abad ke-20. Secara khususnya, pelajar akan belajar tentang Piawaian Emas dan Sistem Bretton Woods. Masalah yang berlaku dalam setiap sistem yang akhirnya membawa kepada penamatan sistem akan turut dibincangkan. Selain itu, sistem kadar pertukaran fleksibel juga akan dijelaskan. Akhirnya, kebaikan dan keburukan sistem kadar pertukaran tetap dan fleksibel akan dibincangkan. PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan- soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan- soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. xviii  PANDUAN KURSUS Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Pada akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Pada akhir topik, disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian- bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda. PENGETAHUAN ASAS Pelajar kursus ini perlu lulus kursus BBEK1103 Prinsip Mikroekonomi/ Mikroekonomi I. KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myVLE. PANDUAN KURSUS  xix RUJUKAN Case, K. E., & Fair, R. C. (2006). Principles of economics (8th ed.). New Jersey: Prentice Hall. Mankiw, N. G. (2008). Principles of economics (5th ed). Mason, Ohio: South- Western Cengage Learning. McEachern, W. (2008). Economics: A contemporary introduction (8th ed.). Kentucky: Thomson South-Western College. Sloman, J., & Sutcliffe, M. (2002). Economics (4th ed.). New Jersey: FT Prentice Hall. PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS) Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini. xx  PANDUAN KURSUS Topik  Pengenalan 1 Makroekonomi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan maksud makroekonomi dan lima isu utama dalam makroekonomi; 2. Menghuraikan dua dasar utama makroekonomi di samping dasar lain yang berkaitan; 3. Membincangkan empat objektif makroekonomi; 4. Menjelaskan dua fasa ekonomi dalam kitaran perniagaan; 5. Membezakan antara teori Klasikal, Keynesian, Monetaris dan jangkaan rasional serta hubungannya dengan makroekonomi; dan 6. Meneliti maksud permintaan dan penawaran agregat dalam ekonomi.  PENGENALAN Apakah yang anda fikirkan apabila kita berbicara tentang makroekonomi? Apakah yang dimaksudkan dengan makroekonomi? Makroekonomi adalah analisis struktur dan perkembangan ekonomi negara serta dasar kerajaan dalam mempengaruhi keadaan ekonomi. Ahli ekonomi teruja untuk mengetahui faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kerana jika ekonomi berkembang, ia akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan, barang dan perkhidmatan. Seterusnya, ia juga dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat. 2  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI Tahukah anda bahawa pergerakan makroekonomi dapat dinilai dengan cara mengujinya dengan teori yang tertentu? Pengujian ini dapat memaparkan bagaimana ekonomi berfungsi secara keseluruhan di mana teori ini digunakan untuk meramal kesan dasar atau peristiwa tertentu. Bagaimanakah pula dengan konsep lain? Mari kita pelajari tentangnya dengan meneruskan pembelajaran kita dalam subjek yang menarik ini. 1.1 MAKROEKONOMI Berikut adalah satu lagi definisi makroekonomi daripada ahli ekonomi: Makroekonomi merupakan bidang ekonomi yang mengkaji hubungan antara pemboleh ubah agregat seperti pendapatan, kuasa beli, harga dan wang. Ini bermakna, makroekonomi menilai fungsi ekonomi sebagai sistem yang melihat bagaimana permintaan dan penawaran barang berlaku, selain bagaimana perkhidmatan dan sumber ditentukan serta faktor yang mempengaruhinya. 1.1.1 Isu dalam Analisis Makroekonomi Tahukah anda terdapat lima isu yang berkaitan dengan analisis makroekonomi? Isu analisis makroekonomi adalah seperti berikut: (a) Apakah Penentu Pertumbuhan Ekonomi dan Taraf Kehidupan Negara? Sejak seabad yang lalu, negara membangun telah mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi di mana hasilnya adalah peningkatan taraf hidup masyarakat. Makroekonomi menentukan sebab di sebalik pertumbuhan ekonomi yang rancak dalam negara membangun dan memahami sebab mengapa pertumbuhan tersebut adalah berbeza antara satu negara dengan negara yang lain. Rajah 1.1 berikut menunjukkan keluaran sebenar Malaysia (diukur dengan keluaran dalam negara kasar) daripada tahun 1980 hingga 2010. TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  3 Rajah 1.1: Keluaran sebenar Malaysia Berdasarkan Rajah 1.1 ini, kita boleh lihat bahawa terdapat peningkatan dalam keluaran negara sepanjang tempoh tersebut. Namun, terdapat penurunan ekonomi dari tahun: (i) 1985 hingga 1986 akibat krisis harga komoditi; (ii) 1997 hingga 1998 akibat krisis kewangan Asia; dan (iii) 2008 hingga 2009 akibat krisis ekonomi global. (b) (b) Produktiviti Purata produktiviti buruh atau keluaran bagi setiap buruh adalah penting untuk menentukan taraf hidup. Makroekonomi akan menyiasat faktor yang menentukan kadar pertumbuhan produktiviti buruh. Mari kita lihat Rajah 1.2 berikut. Apakah yang anda boleh katakan tentang graf ini? 4  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI Rajah 1.2: Produktiviti per buruh di Malaysia Rajah 1.2 menunjukkan purata produktiviti per buruh di Malaysia dari tahun 1982 hingga 2008. Secara ringkasnya, produktiviti per buruh adalah meningkat, kecuali bagi tahun 1985 hingga 1986, 1997 hingga 1998 dan 2008 hingga 2009 kerana berlakunya kemelesetan ekonomi. AKTIVITI 1.1 Bolehkah produktiviti buruh menurun walaupun terdapat peningkatan dalam jumlah keluaran? Jelaskan. (c) Apakah Penyebab kepada Penurunan dan Pertumbuhan Ekonomi? Sebarang ekonomi pasti akan melalui penurunan dan pertumbuhan. Maka, makroekonomi akan melihat kepada sebab berlakunya perubahan ekonomi dan dasar kerajaan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah ekonomi tersebut. Rajah 1.3 berikut menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi di Malaysia antara tahun 1980 hingga 2010. TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  5 Rajah 1.3: Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia Rajah 1.3 tadi menunjukkan kedua-dua pertumbuhan dan penurunan ekonomi. Sebagai contoh, penurunan ekonomi di Malaysia jelas berlaku pada tahun 1985 hingga 1986 kerana krisis harga komoditi dari tahun 1997 hingga 1998 kerana krisis kewangan Asia dan pada tahun 2009 kerana krisis ekonomi global. Ketiga-tiga situasi ini memperlahankan ekonomi Malaysia dan telah menyebabkan kadar pertumbuhan menjadi negatif bagi tempoh tahun 1985, 1998 dan 2009. (d) Apakah Faktor Pengangguran? Apakah maksud kadar pengangguran? Kadar pengangguran bermaksud terdapat tenaga buruh yang ingin bekerja tetapi tiada pekerjaan. Kadar pengangguran akan meningkat apabila berlaku penurunan dalam ekonomi, namun pengangguran juga boleh berlaku dalam keadaan ekonomi yang baik. Makroekonomi akan menjelaskan sebab pengangguran, jenis pengangguran dan cara untuk mengatasi pengangguran tersebut. Mari kita lihat Rajah 1.4 berikut yang menunjukkan kadar pengangguran di Malaysia. 6  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI Rajah 1.4: Kadar pengangguran di Malaysia Berdasarkan Rajah 1.4 tadi, kita boleh katakan bahawa kadar pengangguran adalah paling tinggi dalam tempoh tahun 1985 hingga 1986 kerana penurunan ekonomi (kejatuhan harga komoditi). Selepas tahun 1986, kadar tersebut jatuh tetapi meningkat semula pada tahun 1998 hingga 1999 kerana krisis kewangan Asia. Kemudian, kadar pengangguran jatuh semula pada tahun 2000. Selepas itu, kadar tersebut kekal menjadi dalam lingkungan antara 3.3% hingga 3.6%. (e) Apakah Faktor Peningkatan Harga Umum atau Inflasi? Apakah maksud inflasi? Inflasi adalah peningkatan dalam tingkat harga umum dan biasanya ia melalui perubahan indeks harga pengguna. Soalan yang timbul dalam makroekonomi adalah: (i) Apakah faktor inflasi? (ii) Mengapa kadar inflasi berbeza dari semasa ke semasa? (iii) Mengapa kadar inflasi berbeza bagi setiap negara? Rajah 1.5 berikut menunjukkan kadar inflasi di Malaysia dari tahun 1980 hingga 2010. Apakah yang boleh anda simpulkan tentang graf ini? TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  7 Rajah 1.5: Kadar inflasi di Malaysia Seperti yang dapat dilihat, kadar inflasi adalah tinggi dalam tahun 1981 kerana krisis harga minyak kedua. Walau bagaimanapun, pada tahun 1974, kadar inflasi tertinggi dicatatkan disebabkan peningkatan harga minyak. Selepas tahun 1981, kadar inflasi di Malaysia semakin rendah dan kurang daripada 5%, terutama dalam tahun 1986 dan 1988. Walau bagaimanapun, dalam tahun 1998 dan 2008, kadar inflasi meningkat. AKTIVITI 1.2 Di Malaysia, harga adalah lebih tinggi pada tahun 2003 berbanding pada tahun 1980. Adakah ini bermaksud kualiti kehidupan rakyat Malaysia adalah lebih baik pada tahun 1980? Anda bersetuju? Berikan sebab anda. LATIHAN 1.1 1. Definisikan inflasi. 2. Bezakan kadar inflasi di Malaysia sebelum dan selepas krisis kewangan Asia yang berlaku dari tahun 1997 hingga 1998. 8  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI 1.2 POLISI MAKROEKONOMI Kajian makroekonomi adalah berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun banyak faktor seperti sumber semula jadi, sumber manusia, stok modal, teknologi dan pilihan manusia yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, namun dasar kerajaan juga memainkan peranan dalam perkara ini. Oleh itu, pentingnya anda memahami kesan pelbagai dasar ekonomi kerajaan terhadap ekonomi dan keperluan untuk membentuk dasar yang lebih baik kerana ia adalah matlamat penting dalam makroekonomi. Dasar makroekonomi memberi kesan kepada keseluruhan prestasi ekonomi. Terdapat dua dasar makroekonomi iaitu dasar kewangan dan dasar fiskal. Walau bagaimanpun, terdapat juga dasar lain yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk mempengaruhi prestasi ekonomi negara. Antaranya adalah dasar pendapatan dan dasar penawaran sampingan. (a) Dasar Kewangan atau Dasar Monetari Apakah tujuan dasar? Tujuan dasar kewangan adalah untuk mempengaruhi penawaran wang dalam ekonomi. Ahli ekonomi percaya bahawa perubahan penawaran wang akan mempengaruhi pemboleh ubah ekonomi yang penting seperti keluaran negara, tenaga buruh, kadar bunga, inflasi, harga saham dan tukaran wang asing. Dasar kewangan dikawal oleh bank pusat, di mana ia merupakan agensi kerajaan (di Malaysia, ia diuruskan oleh Bank Negara). Rajah 1.6 berikut menunjukkan penawaran wang (M2) di Malaysia dari tahun 1960 hingga 2000 di mana terdapat pertumbuhan yang stabil terutamanya dalam tahun 1990an. TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  9 Raja 1.6: Penawaran wang M2 di Malaysia (b) Dasar Fiskal Tahukah anda bahawa alat yang digunakan dalam dasar fiskal adalah cukai dan perbelanjaan kerajaan? Oleh itu, imbangan yang baik antara perbelanjaan dan hasil kerajaan adalah penting. Apabila kerajaan berbelanja lebih daripada hasil cukai yang dipungut, ia akan menyebabkan kurangan (defisit) bajet. Sebaliknya, jika hasil kerajaan melebihi perbelanjaan, maka kerajaan akan ada lebihan bajet. (c) Dasar Pendapatan Dasar ini digunakan oleh kerajaan untuk mengawal harga dan upah. Kerajaan akan menetapkan jumlah maksimum bagi harga dan upah yang boleh ditingkatkan secara spesifik. Namun, kadang kala terdapat tawar- menawar antara kerajaan dengan persatuan firma atau buruh dalam menentukan harga dan upah tersebut. (d) Dasar Penawaran Sampingan Dasar ini memfokuskan kepada penawaran agregat dan bagaimana pengeluaran dapat ditingkatkan. Instrumen atau alat utama dalam dasar penawaran sampingan adalah sistem cukai. Dengan pengurangan dalam cukai individu, pekerja akan lebih bersemangat untuk bekerja dan seterusnya, ini akan meningkatkan penawaran buruh. 10  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI SEMAK KENDIRI 1.1 Apakah perbezaan antara dasar kewangan atau monetari dengan dasar fiskal? 1.3 OBJEKTIF MAKROEKONOMI Adakah anda tahu objektif makroekonomi? Berikut adalah empat objektif utama makroekonomi: (a) Mencapai Guna Tenaga Penuh Ini tidak bermaksud tiada penganggur sama sekali atau kadar pengangguran sifar dalam negara. Secara dasarnya, ahli ekonomi bersetuju bahawa masih ada pengangguran walaupun ekonomi telah mencapai tahap guna tenaga penuh. Ini bermakna, mereka yang mampu dan ingin bekerja boleh mendapat pekerjaan. Kita akan lihat perkara ini dengan lebih lanjut dalam Topik 7 nanti tentang konsep dan isu pengangguran. (b) Kestabilan Harga Umumnya, kestabilan harga bermaksud tiada perubahan dalam tingkat harga umum. Ini juga bermaksud, terdapat harga sebahagian barang dan perkhidmatan yang akan meningkat di samping terdapat sebahagian harga lain yang akan turun dalam masa yang sama. Apabila sebahagian besar harga kekal stabil, maka tiada inflasi dan deflasi yang akan berlaku dengan pantas. (c) Pertumbuhan Ekonomi yang Baik Mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik adalah salah satu matlamat makroekonomi. Ini bermaksud, terdapat pertumbuhan dalam pendapatan per kapita benar dari tahun ke tahun. (d) Kerancakan Aktiviti Perdagangan Antarabangsa Semua negara yang menyertai perdagangan antarabangsa ingin mendapat manfaat daripada pengkhususan dan perdagangan. Kajian empirikal menunjukkan bahawa negara yang secara aktif menyertai perdagangan antarabangsa mendapat manfaat dari segi pengeluaran dan tahap penggunaan yang lebih tinggi. TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  11 AKTIVITI 1.3 Mari kita rujuk laman web Bank Negara: www.bnm.gov.my dan Jabatan Statistik Negara: www.statistics.gov.my. Bolehkah anda cari kadar inflasi dan pengangguran di Malaysia pada tahun 2004? Apa yang boleh anda simpulkan tentang dua keadaan tersebut? 1.4 KITARAN PERNIAGAAN Sekarang, mari kita beralih kepada kitaran perniagaan. Apakah yang dimaksudkan dengan kitaran perniagaan? Kitaran perniagaan merujuk kepada tahap turun naik aktiviti ekonomi berulang yang dialami oleh sesebuah ekonomi dalam satu tempoh masa yang panjang. Pertumbuhan dan kejatuhan ekonomi secara amnya melibatkan seluruh negara dan dunia. Ia memberi kesan kepada hampir keseluruhan aktiviti ekonomi dan melibatkan lebih daripada kuasa beli dan pengeluaran. Tahukah anda terdapat perbezaan beberapa fasa dalam aktiviti ekonomi? Mari kita lihat fasa tersebut dalam subtopik seterusnya. 1.4.1 Fasa dalam Aktiviti Ekonomi Aktiviti ekonomi boleh dibahagikan kepada dua fasa utama iaitu fasa pengembangan (pertumbuhan) dan fasa penguncupan (kejatuhan). (a) Fasa Pengembangan Ini adalah fasa di mana aktiviti ekonomi adalah dalam keadaan meningkat seperti yang ditunjukkan oleh pertumbuhan dalam pengeluaran domestik. 12  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI (b) Fasa Penguncupan Terdapat dua jenis penguncupan iaitu: (i) Kemelesetan Jika ekonomi merudum sangat teruk, maka ia dinamakan sebagai kemelesetan. Walaupun tiada definisi yang tetap, kemelesetan adalah penurunan yang tiba-tiba dalam pengeluaran negara, diikuti dengan peningkatan dalam kadar pengangguran, di mana ia berakhir dalam tempoh lebih setahun. (ii) Resesi Resesi adalah kejatuhan ekonomi sederhana, di mana ia melibatkan kejatuhan dalam jumlah pengeluaran dan kuasa beli, selalunya berakhir dalam masa enam bulan. Rajah 1.7 berikut menunjukkan ringkasan bagi beberapa fasa dalam aktiviti ekonomi. Rajah 1.7: Fasa aktiviti ekonomi Sekarang, mari kita lihat Rajah 1.8 pula di mana ia menunjukkan contoh kitaran perniagaan. TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  13 Rajah 1.8: Kitaran perniagaan Rajah 1.8 tadi menunjukkan kitaran perniagaan dengan aktiviti ekonomi dan pergerakan di sepanjang garis pertumbuhan jangka panjang. Resesi wujud apabila pertumbuhan ekonomi sebelumnya mencapai kemuncak dan jatuh ke jurang, dikenali sebagai lompang. Kemudian, ekonomi akan mula meningkat semula selepas pengalaman resesi dan ia seterusnya tumbuh sehingga mencapai kemuncak yang baru. Oleh itu, titik daripada satu puncak ke satu puncak dikenali sebagai kitaran. Begitu juga titik daripada lompang ke lompang, seterusnya juga dikenali dengan kitaran lengkap. Mari kita lihat kitaran perniagan yang lain. Rajah 1.9 berikut menunjukkan kitaran perniagaan dari tahun 1960 hingga 2000 di mana ia menggambarkan kadar pertumbuhan keluaran sebenar. 14  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI Rajah 1.9: Kitaran perniagaan di Malaysia Mari kita rujuk kembali Rajah 1.9 tadi di mana kita boleh melihat bahawa Malaysia menghadapi resesi sepanjang tempoh antara tahun 1974 hingga 1975, 1985 hingga 1986, 1997 hingga 1998 di mana ekonomi pada masa tersebut berada dalam tahap lompang. AKTIVITI 1.4 Pada pendapat anda, adakah ekonomi Malaysia sekarang berada di tahap pertumbuhan? Apa yang anda faham tentang resesi, lompang dan pemulihan? LATIHAN 1.2 Apakah maksud kitaran perniagaan? Bagaimana perubahan dalam kadar pengangguran berkait dengan kitaran perniagaan? Bolehkah kadar pengangguran menjadi sifar? Jelaskan. TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  15 1.5 PERANAN MAKROEKONOMI Tahukah anda terdapat lima peranan makroekonomi? Makroekonomi menggunakan kepakarannya untuk melaksanakan lima perkara berikut: (a) Unjuran makroekonomi; (b) Analisis makroekonomi; (c) Penyelidikan makroekonomi; (d) Membentuk dan menilai teori ekonomi; dan (e) Mengumpul data. LATIHAN 1.3 Senaraikan lima aktiviti utama makroekonomi. Apakah peraturan analisis bagi setiap aktiviti ini? 1.6 SEJARAH PEMBENTUKAN MAKROEKONOMI Adakah anda tahu sejarah pembentukan makroekonomi? Terdapat empat pandangan yang membentuk sejarah makroekonomi. Ia adalah Klasikal, Keynesian, Monetaris dan Jangkaan Rasional. Sekarang, mari kita pelajari setiap satu pandangan ini dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya. (a) Pandangan Klasikal Pandangan Klasikal adalah berdasarkan tanggapan bahawa individu dan firma atau syarikat perniagaan bertindak mengikut minat dan keinginan mereka sendiri. Upah dan harga akan berubah dengan pantas untuk mencapai keseimbangan pasaran. Pandangan Klasikal melihat ekonomi sebagai telah dikawal oleh „tangan-tangan tidak nampak‰, di mana ekonomi pasaran bebas akan menyelesaikan semua masalah secara tersendiri dan campur tangan kerajaan dalam ekonomi adalah sangat terhad. 16  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI (b) Pandangan Keynesian Teori Keynesian menyatakan bahawa upah dan harga tidak berubah dengan pantas dan tidak tertakluk kepada pandangan „tangan-tangan tidak nampak‰ untuk menyelesaikan semua masalah secara efektif. Berdasarkan perspektif ini (kerana upah dan harga berubah secara perlahan-lahan), pengangguran akan kekal pada kadar yang tinggi dalam tempoh masa yang panjang. Keynesian percaya bahawa campur tangan kerajaan pasti akan membantu memulihkan pertumbuhan ekonomi negara. (c) Pandangan Monetaris Profesor Milton Friedman adalah ketua kepada pandangan ini di mana beliau membangkitkan isu stagflasi yang berlaku pada 1970an. Apakah maksud stagflasi? Stagflasi adalah situasi di mana tingkat harga umum meningkat dengan pesat dalam tempoh resesi atau pengangguran yang tinggi. Berdasarkan pandangan ini, kebanyakan ketidakseimbangan dalam ekonomi sepatutnya boleh dielakkan jika penawaran wang tidak dikembangkan dengan pesat. Penyokong Monetaris berhujah bahawa penawaran wang patut tumbuh pada kadar yang sama dengan pertumbuhan purata keluaran benar (Y). (d) Jangkaan Rasional Pandangan ini mula terbentuk pada tahun 1970an dan mendapat banyak perhatian selepas kemunculan masalah stagflasi. Berdasarkan pandangan ini, ia mengandaikan manusia mempunyai maklumat lengkap mengenai situasi ekonomi dan mereka bertindak secara rasional. Sebagai contoh, berdasarkan maklumat dan pengalaman lepas, ahli ekonomi tahu bagaimana inflasi ditentukan dan mereka menggunakan model ini untuk mengunjurkan kadar inflasi pada masa hadapan. LATIHAN 1.4 Bandingkan pandangan Klasikal dan Keynesian dalam perubahan upah dan harga. Apakah implikasi perbezaan antara dua pandangan ini? TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  17 1.7 PERMINTAAN DAN PENAWARAN AGREGAT Dalam subtopik ketujuh ini, kita akan mempelajari tentang empat konsep yang berkaitan dengan permintaan dan penawaran agregat. Mari kita lihat keempat- empat konsep ini secara satu per satu. (a) Keluaran Agregat dan Tingkat Harga Apakah yang dimaksudkan dengan keluaran agregat? Keluaran agregat adalah jumlah pengeluaran ekonomi, di mana jumlah keseluruhan pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam tempoh tertentu. Bagaimana pula dengan permintaan agregat? Permintaan agregat adalah jumlah barang dan perkhidmatan yang diminta dalam ekonomi pada tingkat harga tertentu pada tempoh masa tertentu. Tingkat harga dalam ekonomi adalah purata harga berwajaran bagi semua barang dan perkhidmatan seperti makanan, rumah, pakaian, hiburan, pengangkutan, kesihatan dan semua barang. (b) Keluk Permintaan Agregat Tahukah anda apakah yang digambarkan oleh keluk permintaan agregat? Keluk permintaan agregat adalah graf yang menunjukkan hubungan antara tingkat harga ekonomi dengan jumlah keluaran agregat dalam tempoh tertentu. Ia mengandaikan semua faktor lain adalah tidak berubah. Mari kita lihat Rajah 1.10 berikut yang menunjukkan keluk permintaan agregat (AD). 18  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI Rajah 1.10: Keluk permintaan agregat Rajah 1.10 tadi menunjukkan keluk permintaan agregat, di mana paksi menegak (paksi-y) menunjukkan tingkat harga purata dan paksi mendatar (paksi-x) menunjukkan keluaran agregat atau keluaran dalam negara kasar (KDNK) (KDNK akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Topik 2 nanti). Cerun negatif keluk permintaan agregat merujuk kepada hubungan songsang antara keluaran agregat dengan tingkat harga. Ini bermakna, jika tingkat harga menurun, pengguna akan meminta lebih barang dan perkhidmatan, seterusnya ini akan meningkatkan perbelanjaan. (c) Keluk Penawaran Agregat Keluk penawaran agregat menunjukkan kuantiti keluaran yang sanggup dikeluarkan oleh firma pada tingkat harga tertentu. Selalunya, terdapat hubungan positif antara penawaran agregat dengan tingkat harga. (d) Keseimbangan Persilangan antara permintaan dan penawaran agregat akan menentukan keseimbangan antara tingkat harga dengan keluaran ekonomi, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.11 berikut. TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  19 Rajah 1.11: Keseimbangan Berdasarkan keluk Rajah 1.11 tadi, keseimbangan adalah di „E‰ di mana ia merupakan titik keluk AD dan AS bertemu. Tingkat harga keseimbangan adalah di P*, manakala keluaran agregat keseimbangan adalah di Q*.  Makroekonomi adalah bidang yang berkaitan dengan hubungan antara pemboleh ubah agregat yang menganalisis ekonomi sebagai satu sistem.  Makroekonomi tertumpu kepada pertumbuhan ekonomi negara di mana ia diukur berdasarkan pendapatan negara.  Lima isu utama makroekonomi adalah keluaran benar, produktiviti, pertumbuhan ekonomi, pengangguran dan inflasi.  Dua dasar penting makroekonomi adalah dasar kewangan dan fiskal. Dasar ini akan digunakan untuk mencapai objektif makroekonomi seperti guna tenaga penuh, kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang memuaskan. Walau bagaimanapun, terdapat juga dasar lain yang boleh digunakan iaitu dasar pendapatan dan dasar penawaran sampingan.  Perubahan ekonomi adalah berkait dengan turun naik keluaran. Ia boleh dilihat dalam kitaran perniagaan. 20  TOPIK 1 PENGENALAN MAKROEKONOMI  Terdapat empat objektif makroekonomi. Antaranya adalah kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang baik.  Selalunya, kitaran perniagaan mempunyai dua fasa iaitu fasa pengembangan dan fasa penguncupan. Ini boleh dilihat dengan terperinci daripada tingkat yang berbeza; puncak, kemelesetan, lompang, pemulihan dan pengembangan.  Sejarah pembentukan makroekonomi boleh dikaji dari perspektif Klasikal, Keynesian, Monetaris dan Jangkaan Rasional.  Keluk permintaan agregat yang bercerun negatif menunjukkan hubungan songsang antara tingkat harga dengan keluaran agregat yang diminta. Sebaliknya, keluk penawaran agregat menunjukkan hubungan positif antara tingkat harga dengan kuantiti keluaran agregat yang ditawarkan. Persilangan antara kedua keluk ini akan menentukan keseimbangan antara tingkat harga dengan keluaran agregat dalam ekonomi secara keseluruhan. Dasar fiskal Kitaran perniagaan Dasar kewangan Objektif Dasar penawaran sampingan Penawaran agregat Dasar pendapatan Pengangguran Fasa Permintaan agregat Inflasi Pertumbuhan ekonomi Keluaran benar Produktiviti Kemelesetan Resesi Keseimbangan Stagflasi Topik  Pengeluaran 2 Negara HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan aliran model pendapatan; 2. Membandingkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan keluaran negara kasar (KNK); 3. Menunjukkan bagaimana pengiraan KDNK dilakukan; 4. Membezakan antara KDNK benar dengan KDNK nominal; dan 5. Membincangkan empat masalah semasa mengukur keluaran negara.  PENGENALAN Tahukah anda bahawa teori makroekonomi mula membangun dan semakin popular berikutan kemelesetan ekonomi yang berlaku pada tahun 1929? Kegawatan ekonomi yang berterusan selama lebih daripada lima tahun ini telah mencatatkan kadar pengangguran sehingga 25% di Amerika. Ini bermakna bahawa setiap seorang dari empat orang adalah penganggur dan sememangnya ini menunjukkan kadar pengangguran yang sangat tinggi. Oleh itu, ahli ekonomi terkenal yang diketuai oleh ahli ekonomi Inggeris bernama John Maynard Keynes, mencadangkan bahawa pandangan makro akan diambil kira untuk menyelesaikan masalah ekonomi. Pandangan ini digunakan semenjak teori mikroekonomi yang digunakan sebelum ini tidak dapat mengatasi kadar pengangguran yang tinggi. Semenjak peristiwa ini, teori makroekonomi pun mula berkembang. 22  TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA Dari semasa ke semasa, masalah lain juga perlu diselesaikan dengan menggunakan pandangan makro, seperti inflasi dan defisit. Tanpa inflasi dan pengangguran, sistem ekonomi pasaran bebas tidak boleh mengukur kestabilan dalam aktiviti ekonomi yang dijalankan. Kewujudan masalah ini dilihat sedikit sebanyak membantu membuka lebih banyak ruang untuk makroekonomi berkembang. Oleh itu, topik ini akan memberi tumpuan kepada isu utama makroekonomi iaitu pengeluaran negara. Mari kita belajar lebih lanjut mengenai pengeluaran negara dalam topik baru yang menarik ini. 2.1 ALIRAN MODEL PENDAPATAN Sedarkah anda bahawa tujuan utama aktiviti ekonomi negara adalah untuk memastikan bahawa semua rakyat berpuas hati dengan keperluan barang dan perkhidmatan? Ini adalah kerana tiada apa yang lebih penting daripada menyediakan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan dan rekreasi untuk setiap warganegara. Sebelum anda terus membaca, cuba fikir seketika bagaimana aktiviti ekonomi diukur. Aktiviti ekonomi negara selalunya diukur berdasarkan keluaran keseluruhan negara tersebut. Pengeluaran negara dan keluaran negara adalah dua terma yang sama maksudnya iaitu merujuk kepada barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu seperti setahun. Sebelum kita pergi lebih lanjut kepada konsep pengeluaran negara, adalah penting untuk anda memahami aliran model pendapatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1 berikut. Model tersebut menunjukkan aktiviti ekonomi paling ringkas yang hanya melibatkan dua pihak iaitu isi rumah dan firma. TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA  23 Rajah 2.1: Aliran model pendapatan Rajah 2.1 tadi menunjukkan aliran fizikal barang (keluaran dan sumber) dan tunai antara isi rumah dengan firma. Setiap aliran fizikal barang akan diikuti oleh aliran tunai dari arah yang bertentangan. Aliran sumber (faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan) daripada isi rumah ke firma akan diikuti oleh tunai yang mengalir dari firma ke isi rumah. Sumber yang disumbangkan oleh isi rumah digunakan oleh firma dalam proses pengeluaran dan akan dibayar oleh firma. Aliran barang daripada firma kepada isi rumah juga akan diikuti oleh aliran tunai daripada isi rumah kepada firma melalui bayaran kepada barang yang dibeli oleh isi rumah daripada firma. 24  TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA 2.2 KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) AKTIVITI 2.1 Kita selalu mendengar terma „produk keluaran negara‰ dinyatakan dalam berita ekonomi melalui media elektronik. Jelaskan apakah yang anda faham tentang produk keluaran negara. Setiap negara mempunyai cara tersendiri dalam menilai aktiviti ekonomi. Apa yang pasti, proses untuk mengambil alih tugas ini bukanlah kerja mudah. Ini juga berlaku kepada Malaysia. Malaysia mempunyai caranya yang tersendiri untuk menilai jumlah keluaran dan keluar masuk aktiviti ekonomi yang dipraktikkan. Adakah anda pernah diberitahu tentang perkara ini? Bagaimana kerajaan Malaysia menilai pengeluaran negaranya? Konsep pengeluaran negara yang diaplikasikan oleh Malaysia adalah merupakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Apakah yang dimaksudkan dengan KDNK? Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bermaksud jumlah nilai pasaran bagi semua barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam lingkungan sesebuah negara bagi sesuatu tempoh tertentu. Terdapat empat elemen penting dalam KDNK, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2 berikut. Rajah 2.2: Empat elemen penting KDNK Penerangan lanjut untuk empat elemen KDNK tadi adalah dalam subtopik seterusnya. TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA  25 2.2.1 Jumlah Nilai Pengeluaran Untuk mengira jumlah nilai pengeluaran, anda perlu menambah nilai semua barangan. Sebagai contoh, nilai sebiji oren ditambah dengan nilai sebuah komputer, sebuah kereta, sebuah mesin pencuci kain dan sebagainya. Nilai KDNK barang dibuat berdasarkan harga pasarannya. Harga pasaran adalah harga bagi setiap satu item, perkhidmatan atau aset yang ditukar atau dijual beli dalam sistem pasaran. Mari kita lihat contoh. Contoh 2.1: Jika sebiji oren dijual dengan harga 30 sen dan harga sebuah komputer adalah RM1,000, maka nilai 100 biji oren dan lima buah komputer adalah RM5,030 di mana ia adalah bersamaan dengan RM30 untuk oren dan RM5,000 untuk komputer. 2.2.2 Apakah yang Dihasilkan oleh Barang dan Perkhidmatan Akhir? Pengiraan KDNK hanya mengambil kira harga pasaran bagi barang dan perkhidmatan akhir. Barang dan perkhidmatan akhir sebenarnya digunakan atau dibeli oleh individu dalam isi rumah, firma atau kerajaan dan tidak akan digunakan sebagai komponen dalam mengeluarkan barang dan perkhidmatan lain. Dengan kata lain, ia bukanlah barang dan perkhidmatan pertengahan seperti yang diterangkan dalam Contoh 2.2 berikut. Contoh 2.2: Proton Waja (kereta Malaysia) adalah produk akhir tetapi tayar yang digunakan adalah barang pertengahan. KDNK hanya mengambil kira barang yang dijual di pasaran sahaja (kereta). Oleh itu, barangan yang dikeluarkan untuk kegunaan anda sendiri tidak diambil kira dalam pengiraan KDNK. 26  TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA 2.2.3 Di Manakah Barang dan Perkhidmatan Dikeluarkan? Hanya barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam lingkungan negara akan menjadi sebahagian KDNK negara tersebut. Oleh itu, barang dan perkhidmatan dikeluarkan dalam Malaysia adalah sebahagian KDNK Malaysia. Mari kita lihat Contoh 2.3 berikut. Contoh 2.3: Nike merupakan syarikat Amerika di Malaysia yang mengeluarkan pakaian santai dan sukan. Nilai pakaian yang dikeluarkan di Malaysia adalah sebahagian KDNK negara kita dan bukannya KDNK Amerika. Sementara itu, Petronas merupakan syarikat Malaysia yang mengeluarkan minyak di Vietnam. Ia menyumbang kepada KDNK negara Vietnam dan bukannya negara kita. 2.2.4 Bilakah Barang dan Perkhidmatan Dikeluarkan? KDNK mengambil kira hanya pengeluaran barang dan perkhidmatan yang baru dalam tempoh masa tertentu. Selalunya, dalam tempoh setiap tiga bulan atau setahun. Hanya barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam tempoh tersebut akan diambil kira untuk pengiraan KDNK. KDNK bukan sahaja menilai jumlah nilai pengeluaran tetapi ia juga mengira jumlah hasil dan jumlah perbelanjaan sesebuah negara. Contoh 2.4 berikut menghuraikannya dengan lebih lanjut. Contoh 2.4: Di Malaysia, Bank Negara menggunakan data suku tahunan untuk mengesan sebarang perubahan dalam aktiviti ekonomi jangka pendek. Ahli ekonomi dalam bahagian lain pula menggunakan data tahunan untuk menilai pertumbuhan aktiviti ekonomi dari segi jangka panjang. TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA  27 LATIHAN 2.1 Tandakan „B‰ untuk kenyataan yang betul atau „S‰ untuk kenyataan yang salah. 1. Pengeluaran negara bermaksud pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam lingkungan kawasan negara dalam tempoh masa tertentu. __________ 2. Dalam menilai jumlah pengeluaran, KDNK dinilai dalam tempoh tertentu sahaja. Selalunya tempoh setiap enam bulan atau tiga tahun. __________ 3. Gucci adalah jenama Amerika. Nilai keluaran pakaian yang dikeluarkan di Malaysia adalah sebahagian KDNK Amerika bukan kita. __________ 4. Barang dan perkhidmatan yang dihasilkan di Singapura adalah dikira sebagai sebahagian daripada KDNK Singapura. __________ 5. Dalam mengira nilai pengeluaran negara, nilai KDNK bagi barang adalah berdasarkan harga pasaran. __________ 2.3 KELUARAN NEGARA KASAR (KNK) Bagaimanakah dengan Keluaran Negara Kasar (KNK)? Apakah yang anda faham tentang KNK? Bagaimanakah ianya berbeza dengan KDNK? Mari kita teruskan pelajaran kita untuk mengetahui jawapannya. Tahukah anda ada satu lagi konsep yang digunakan untuk mengukur pengeluaran negara? Konsep tersebut ialah Keluaran Negara Kasar. Apakah yang dimaksudkan dengan KNK? Keluaran Negara Kasar (KNK) bermaksud jumlah nilai pasaran bagi barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh rakyat negara tersebut menggunakan sumber negaranya sendiri (tidak kira sama ada operasi pengeluaran tersebut dijalankan di dalam atau luar negara). 28  TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA Dengan erti kata lain, KNK tidak mengambil kira nilai keluaran yang dikeluarkan oleh firma asing walaupun operasi pengeluaran dijalankan dalam negara tersebut. Mari kita lihat contoh bagi KNK. Contoh 2.5: Nilai pengeluaran pakaian oleh Nike di Malaysia tidak dimasukkan dalam pengiraan KNK Malaysia. Sebaliknya, ia digunakan dalam pengiraan KNK Amerika. Begitu juga petroleum yang dikeluarkan oleh Petronas di Vietnam, ia tidak dimasukkan dalam KNK Vietnam. Sebaliknya, ia dimasukkan dalam KNK negara kita. Berikut adalah formula bagi KNK: KNK = KDNK + Pendapatan diperoleh rakyat negara melalui pelaburan asing ă Pendapatan diperoleh pelabur asing dalam pasaran domestik AKTIVITI 2.2 Apabila memasuki pusat membeli-belah, cuba anda lihat premis perniagaan antarabangsa seperti Gucci, Laura Ashley, Guess, Dorothy Perkins, Topshop, Nike dan sebagainya. Apakah sumbangan yang dilakukan oleh perniagaan ini terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia? Berikan pendapat anda menggunakan konsep KDNK dan KNK. LATIHAN 2.2 1. Nyatakan perbezaan antara KNK dengan KDNK. 2. Satu produk dikeluarkan pada tahun 2002 tetapi dijual pada tahun 2003. Tahun yang manakah ia akan diambil kira untuk tujuan pengiraan KDNK? 3. Bagi negara yang sedang membangun seperti Malaysia, nilai manakah akan lebih tinggi, KDNK atau KNK? TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA  29 2.4 KAEDAH PENGIRAAN KDNK Umumnya, ada tiga kaedah untuk mengira KDNK iaitu kaedah perbelanjaan, pengeluaran dan pendapatan. Walaupun kaedahnya berbeza, ia akan menghasilkan nilai yang sama. Mari kita lihat kaedah ini dalam subtopik seterusnya. 2.4.1 Kaedah Perbelanjaan Pertama sekali, mari kita pelajari maksud „kaedah perbelanjaan‰. Kaedah perbelanjaan adalah jumlah perbelanjaan negara (bagi individu, firma dan kerajaan). Jumlah tersebut dihasilkan daripada permintaan akhir barang dan perkhidmatan. Ada empat kumpulan yang membeli barang dan perkhidmatan akhir iaitu isi rumah, firma, kerajaan dan pengguna luar negara. Perbelanjaan empat kumpulan ini boleh dibahagikan kepada empat kategori pula iaitu perbelanjaan penggunaan individu, pelaburan kasar, perbelanjaan kerajaan bagi barang dan perkhidmatan, dan eksport bersih. Rajah 2.3 berikut menunjukkan empat kategori perbelanjaan tersebut. Rajah 2.3: Empat kategori perbelanjaan 30  TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA Penerangan lanjut untuk setiap kategori perbelanjaan ini dijelaskan dalam Jadual 2.1. Jadual 2.1: Huraian Lanjut bagi Empat Kategori Perbelanjaan Perbelanjaan Penerangan Perbelanjaan Kategori ini termasuklah perbelanjaan oleh isi rumah bagi Penggunaan Individu barang dan perkhidmatan akhir. Ia termasuklah perbelanjaan untuk makanan, cucian, sewaan dan sebagainya. Pelaburan Kasar Kategori ini merujuk kepada pelaburan oleh firma ke atas modal berbentuk peralatan seperti mesin, bangunan dan tambahan kepada inventori. Pengeluaran yang tidak boleh dijual juga dimasukkan dalam inventori dan ini akan dimasukkan juga dalam pelaburan. Pembelian saham dan bon tidak termasuk sebagai pelaburan sehingga ia tidak dibelanjakan untuk membeli barang dan perkhidmatan akhir. Formula bagi pelaburan kasar adalah seperti berikut: Pelaburan Kasar = Pelaburan bersih + Kemerosotan dalam aset modal Pembelian Kerajaan Kategori ini merujuk kepada perbelanjaan kerajaan pusat dan terhadap Barang dan negeri terhadap barang dan perkhidmatan daripada sektor Perkhidmatan Akhir swasta. Bagi memastikan ia berfungsi secara lebih efektif, kerajaan perlu membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan firma. Sebagai contoh, kerajaan membeli komputer, kertas, pen dan peluru. Semua barang adalah perlu kepada kerajaan supaya ia dapat berfungsi secara efektif. Eksport Bersih Kategori ini adalah jumlah eksport tolak import (X ă M). Jika nilai jumlah eksport melebihi jumlah import, maka eksport bersih adalah positif. Sebaliknya, jika nilai eksport kurang daripada nilai import, maka eksport bersih adalah negatif. Terdapat beberapa barang yang dikeluarkan dalam negara tidak boleh dijual dalam negara. Pada masa yang sama, terdapat beberapa barang yang diperlukan oleh masyarakat tidak dikeluarkan di dalam negara. Oleh itu, ia perlu dimport daripada luar negara. TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA  31 Jumlah perbelanjaan untuk barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh negara adalah jumlah selepas mencampurkan kesemua empat kategori yang disenaraikan tadi. Formulanya adalah seperti berikut. (a) Perbelanjaan penggunaan individu =C (b) Pelaburan =I (c) Perbelanjaan kerajaan bagi barang dan perkhidmatan akhir = G (d) Eksport bersih = XăM Jumlah perbelanjaan = C + I + G + (X ă M) = KDNK Jumlah perbelanjaan menunjukkan nilai atau jumlah yang diperoleh oleh firma yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan tersebut. 2.4.2 Kaedah Pengeluaran Mari kita lihat Rajah 2.4 berikut. Apakah yang boleh anda katakan tentang kaedah pengeluaran? 32  TOPIK 2 PENGELUARAN NEGARA Rajah 2.4: Kaedah pengeluaran Berdasarkan kaedah pengeluaran, semua nilai barang dan perkhidmatan akhir daripada pelbagai sektor ekonomi perlu dijumlahkan. Rajah 2.4 tadi menunjukkan contoh sektor yang terdapat di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, di Malaysia, sektor ekonomi boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu sektor utama, sektor industri dan sektor perkhidmatan. Maklumat bagi nilai pengeluaran setiap sektor ini diperoleh melalui bancian. Kaedah ini menggunakan konsep menjumlahkan kesemua nilai untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali. Apakah yang dimaksudkan dengan masalah pengiraan dua kali? Masalah pengiraan dua kali adalah situasi di mana nilai barang tersebut dikira lebih daripada sekali apabila menilai KDNK.

IMAGES

  1. Contoh Soalan Ekonomi Stpm Makroekonomi Essays

    contoh assignment makroekonomi

  2. Tugas Teori Konsumsi- Ekonomi Makro 2

    contoh assignment makroekonomi

  3. Teori Ekonomi Makro

    contoh assignment makroekonomi

  4. Makalah Teori Mikroekonomi Fertilitas Dan Demografi

    contoh assignment makroekonomi

  5. Solved Assignment Makroekonomi Ch. 28 Expenditure

    contoh assignment makroekonomi

  6. Assignment Ekonomi Makro ( Ekonomi Makro)

    contoh assignment makroekonomi

COMMENTS

  1. Makroekonomi

    Hantar tugasanSEKALIsahaja dalamSATUfail. 4. Submit your assignment ONLINE. Tugasan ini dihantar secaraONLINE. 5. Submission date : 14 th March 2022. Tarikh Penghantaran: 14hb Mac 2022. 6. This assignment accounts for 60% of the total marks for the course.

  2. Tugasan Individu : Ulasan Artikel Berkaitan Makroekonomi

    Ekonomi assignment 1; Penulisan esei - 111; Ulasan Artikel; Tugasan Ulasan Artikel Ekonomi; Penulisan ESEI AE025; Tugasan Individu 1 (MA2114111605) Related Studylists new EKONOMI assignment eko sem 2. ... Matlamat makroekonomi yang ketiga dan terakhir ialah mencapai tingkat guna tenaga penuh. Guna tenaga merujuk kepada keadaan di mana kadar ...

  3. Principles OF MACROECONOMICS

    Macroeconomics - Assignment. Mandatory assignments 100% (2) 17. 84102014 5087 BBEK4203 Prinsip Makroekonomi. Essays 80% (5) 1. Part 3 Assign - macro. Other 100% (1) 4. BAFB1033 Macroeconomics Exam Paper. Practical 100% (1) 10. BBEK 4203- Principle of Macroeconomics OUM. Mandatory assignments 100% (1) 17.

  4. Assignment/ Tugasan

    53509 - Free download as Word Doc (.doc), PDF File (.pdf), Text File (.txt) or view presentation slides online. 1. The document provides instructions for an assignment on macroeconomics principles. Students are asked to write a 2,500-3,000 word essay discussing the impacts of the COVID-19 pandemic on Malaysia's economic growth. 2.

  5. 62347.doc

    Document 62347.doc, Subject Economics, from Open University Malaysia, Length: 8 pages, Preview: ASSIGNMENT / TUGASAN _ BDEK2203 INTRODUCTORY MACROECONOMICS PENGANTAR MAKROEKONOMI JANUARY 2024 SEMESTER SPECIFIC INSTRUCTION / ARAHAN KHUSUS 1. Answer in Malay or

  6. Assignment Makroekonomi

    Scribd is the world's largest social reading and publishing site.

  7. Makroekonomi Oum

    Makroekonomi Oum - Free download as Word Doc (.doc / .docx), PDF File (.pdf), Text File (.txt) or read online for free. 1) The document discusses introductions to macroeconomics, including definitions of macro and microeconomics and how they examine aggregate versus individual economic behavior. 2) It also covers key macroeconomic concepts like aggregate demand and supply, and how policymakers ...

  8. Assignment ekonomi AE025 ( ULASAN ARTIKEL)

    Assignment account 2 AA025 ACCOUNTING SOLUTION; Related Studylists Ekonomi AE025 assignment eko sem 2. ... Guna tenaga dan Pengangguran Pembolehubah makroekonomi yang pertama adalah guna tenaga dan pengangguran .Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan dalam sesebuah ...

  9. PDF EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi

    masa hadapan. Dengan mengetahui bagaimana permasalahan makroekonomi yang dihadapi negara, penyelesaian pada peringkat individu, pasaran, industri dan negara dapat dilaksanakan. Ringkasnya setiap agen ekonomi perlu memiliki pengetahuan makroekonomi (termasuk mikroekonomi) bagi membantu pertumbuhan ekonomi yang lestari. -Pembolehubah Makroekonomi

  10. MAKROEKONOMI

    View flipping ebook version of MAKROEKONOMI published by anazwien7878 on 2022-01-21. Interested in flipbooks about MAKROEKONOMI? Check more flip ebooks related to MAKROEKONOMI of anazwien7878. ... 4.3.1 Contoh Penciptaan Kredit 108 4.4 Dasar Kewangan atau Monetari 109 4.4.1 Dasar Kewangan Kuantitatif 110 4.4.2 Dasar Kewangan Kualitatif 111 4.5 ...

  11. 7 Contoh Ekonomi Makro dan Penjelasannya

    Contoh ekonomi makro berikutnya adalah tingkat pengangguran yang berisi persentase angkatan kerja yang secara aktif menjadi pekerjaan namun belum mendapatkan kesempatan. Diketahui bahwa unsur ini berpengaruh terhadap stabilitas pasar tenaga kerja dan kesejahteraan ekonomi. 3. Inflasi.

  12. Ekonomi ulasan artikel Makroekonomi

    Assignment Ekonomi; Ulasan Artikel AE015; Contoh Ulasan Artikel AE015; ... Berdasarkan buku Teks & Rujukan Lengkap Matrikulasi Makroekonomi, NUSAMAS (2020), ketidakupayaan pemerintah untuk mengatasi masalah pengangguran akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan rakyat terhadap pemerintah. ... (E2E). Sebagai contoh, subjek relevan ...

  13. Soalan Tugasan Artikel AE025

    5 6203825120834748900 (Assignment instructions for a written article- Sem 1) Tugasan Individu : Ulasan Artikel Berkaitan Makroekonomi; ... 2 .0 Dasar makroekonomi 2. Jelaskan (maksud, alat/ contoh) 2.2 Perkaitan dasar dengan artikal. Mengenalpasti masalah ekonomi; Menjelaskan dasar yang dilaksanakan;

  14. Ulasan Artikel Sem 2

    Scribd is the world's largest social reading and publishing site.

  15. Tugasan 1 semester 2 Ulasan artikel makroekonomi

    Antara matlamat dan dasar makroekonomi adalah untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh (GTP). Semasa tingkat GTP,hanya pengangguran geseran dan semulajadi yang berlaku guna tenaga produktif dapat digunakan sepenuhnya maka pendapatan negara akan meningkat dan mencapai pendapatan negara potensi. ... Assignment 1 eco semester 1 MA2115114625 ...